Isnin, 15 Disember 2014
Selasa, 14 Oktober 2014
Jenayah Kolar Putih
Jenayah kolar putih
merupakan jenayah ekonomi yang dilakukan oleh golongan profesional yang
terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Jenayah kolar putih perlu diberi
perhatian yang serius untuk mengelak kesan jangka panjang yang menggugat negara
kita. Pelbagai punca berlakunya jenayah tersebut dan langkah-langkah yang bijak
harus diambil untuk menaganinya.
Antara punca berlakunya jenayah kolar putih ialah nafsu tamak haloba manusia. Sikap manusia yang tamak dan materialistik sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengecapi kehidupan yang senang. Mereka sanggup menerima sogokan duit daripada penjenayah asalkan mereka mendapat duit yang banyak walaupun perbuatan itu bercanggah dengan undang-undang.
Selain itu, kelonggaran undang-undang juga menjadi punca peningkatan jenayah kolar putih. Hukuman yang dikenakan terhadap pesalah sangat ringan dan tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan menyebabkan mereka berani melakukannya secara berterusan. Jumlah ikat jamin mereka terlalu rendah jika dibandingkan dengan rasuah yang diterima.
Oleh itu, langkah yang efektif harus diambil dalam menangani masalah tersebut antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang. Hukuman yang lebih keras harus dikenakan kepada pesalah contohnya seperti hukuman penjara yang lama dan hukuman sebat perlu dikenakan sebagai pngajaran kepada mereka dan bakal penjenayah. Dengan ini, bakal penjenayah akan berasa takut untuk meneruskan hasrat mereka untuk melakukan perkara terkutuk itu.
Selain itu, oganisasi dan jabatan yang mudah terdedah kepada salah laku jenayah harus dikawal. Setiap prosedur harus diteliti dan dikaji dengan baik agar tidak berlaku kelonggaran atau pencerobohan dari pihak-pihak tertentu. Sekiranya prosedur dikawal dengan ketat maka sudah tiada ruang untuk kakitangan yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menanganinya kerana jenayah kolar putih ini merupakan jenyah yang berat dan akan mencemarkan imej negara.
Mahasiswa Minda Kelas Pertama
Matlamat sebenar universiti memberi
pendidikan yang baik kepada pelajar salah satunya ialah untuk melahirkan
mahasiswa minda kelas pertama. Mahasiswa minda kelas pertama bermaksud seorang insan
yang mampu memenuhi pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan dunia. Modal
insan yang berkualiti mampu menyumbang terhadap kemajuan negara.
Matlamat sebenar universiti memberi pendidikan yang baik kepada pelajar salah satunya ialah untuk melahirkan mahasiswa minda kelas pertama. Mahasiswa minda kelas pertama bermaksud seorang insan yang mampu memenuhi pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan dunia. Modal insan yang berkualiti mampu menyumbang terhadap kemajuan negara.
Antara ciri-ciri mahasiswa kelas
pertama ialah penguasaan ilmu yang
tinggi. Mahasiswa tersebut peka dengan
perkembangan dunia dan sentiasa mendalami tentang sesuatu yang dipelajari. Mereka
sentiasa berfikir di luar takuk untuk menghasilkan sesuatu yang lebih
berkualiti. Mereka akan
berfikiran ke hadapan dan berusaha untuk mencapai visi yang telah
ditetapkan.
Antara ciri-ciri mahasiswa kelas
pertama ialah penguasaan ilmu yang
tinggi. Mahasiswa tersebut peka dengan
perkembangan dunia dan sentiasa mendalami tentang sesuatu yang dipelajari. Mereka
sentiasa berfikir di luar takuk untuk menghasilkan sesuatu yang lebih
berkualiti. Mereka akan
berfikiran ke hadapan dan berusaha untuk mencapai visi yang telah
ditetapkan.
Selain itu, ciri mahasiswa minda kelas
pertama juga bersikap proaktif. Mereka
sangat aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti sama ada di dalam
universiti ataupun di luar universiti. Mereka sentiasa memberi komitmen yang
tinggi terhadap sesuatu yang dilakukan. Hal ini dapat melatih mereka supaya
lebih berdaya saing pada masa kelak. Mereka juga menyertai pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan
kebolehan serta dapat memotivasikan diri mereka.
Selain itu, ciri mahasiswa minda kelas pertama juga bersikap proaktif. Mereka sangat aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti sama ada di dalam universiti ataupun di luar universiti. Mereka sentiasa memberi komitmen yang tinggi terhadap sesuatu yang dilakukan. Hal ini dapat melatih mereka supaya lebih berdaya saing pada masa kelak. Mereka juga menyertai pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan kebolehan serta dapat memotivasikan diri mereka.
Ciri seterusnya ialah kekayaan moraliti.
Sebagai mahasiswa minda kelas pertama mereka harus berakhlak mulia dan berbudi
pekerti. Oleh sebab itu, mereka akan disanjungi dan menjadi contoh teladan yang
baik kepada mahasiswa lain. Sikap mereka yang terpuji menyebabkan masyarakat di
luar sana lebih memilih mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan berbanding dengan orang lain.
Ciri seterusnya ialah kekayaan moraliti. Sebagai mahasiswa minda kelas pertama mereka harus berakhlak mulia dan berbudi pekerti. Oleh sebab itu, mereka akan disanjungi dan menjadi contoh teladan yang baik kepada mahasiswa lain. Sikap mereka yang terpuji menyebabkan masyarakat di luar sana lebih memilih mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan berbanding dengan orang lain.
Kesimpulannya, mahasiswa minda kelas
pertama merupakan aset penting kepada negara. Setiap mahasiswa harus melengkapi
diri mereka dengan minda kelas pertama agar mereka menjadi modal insan unggul yang terlibat
dengan segenap ruang pembangunan negara. Kekayaaan wang ringgit dan jawatan
tidak berguna seandainya pemikiran kita masih ditakuk yang lama.
Kesimpulannya, mahasiswa minda kelas pertama merupakan aset penting kepada negara. Setiap mahasiswa harus melengkapi diri mereka dengan minda kelas pertama agar mereka menjadi modal insan unggul yang terlibat dengan segenap ruang pembangunan negara. Kekayaaan wang ringgit dan jawatan tidak berguna seandainya pemikiran kita masih ditakuk yang lama.
Ahad, 28 September 2014
Kemasukan Pelajar Baru ke Universiti Sesi September 2014/2015
Saban tahun, negara kita digemparkan dengan keputusan cemerlang para pelajar STPM, Matrikulasi dan STAM yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh sebab itu, ramai di kalangan pelajar tersebut berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA dan IPTS. Di Malaysia, terdapat 20 buah IPTA dan 53 buah IPTS yang masing-masing menawarkan kursus yang berbeza.
Kemasukan pelajar baru ke sesebuah universti pada tahun ini didominasikan oleh pelajar wanita berbanding pelajar lelaki. Hal ini telah memberi cabaran baru kepada pelajar untuk menempuhi kehidupan di universiti. Mereka harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Pelajar juga perlu menyesuaikan diri di tempat baru dan menjalinkan persahabatan yang baru yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Selain itu, pihak universiti juga telah mengambil inisiatif yang bijak dengan mengadakan minggu orientasi untuk pelajar baru selama seminggu bagi tujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan universiti. Pihak AJKPS yang terlibat memainkan peranan penting dalan menguruskan pelajar-pelajar baru dengan menganjurkan pelbagai aktiviti. Pelajar baru akan dibawa berjalan-jalan di sekitar pusat pengajian tersebut untuk mengenali tempat-tempat yang penting bagi memudahkan para pelajar untuk ke kelas pada hari pertama kuliah dijalankan. Majlis ikrar pula diadakan pada hari terakhir orientasi.
SESI SUAI KENAL |
Tuntasnya, para pelajar baru dan pihak universiti mempuyai tanggungjawab dan cabaran masing-masing. Dengan adanya kerjasama antara dua belah pihak tersebut segala perkara dapat diselesaikan dengan baik. Selain itu, untuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya mereka harus berdisplin tinggi terutamanya dari segi pengurusan masa.
Langgan:
Catatan (Atom)