Jenayah kolar putih
merupakan jenayah ekonomi yang dilakukan oleh golongan profesional yang
terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Jenayah kolar putih perlu diberi
perhatian yang serius untuk mengelak kesan jangka panjang yang menggugat negara
kita. Pelbagai punca berlakunya jenayah tersebut dan langkah-langkah yang bijak
harus diambil untuk menaganinya.
Antara punca
berlakunya jenayah kolar putih ialah nafsu tamak haloba manusia. Sikap manusia
yang tamak dan materialistik sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengecapi
kehidupan yang senang. Mereka sanggup menerima sogokan duit daripada penjenayah
asalkan mereka mendapat duit yang banyak walaupun perbuatan itu bercanggah
dengan undang-undang.
Selain itu, kelonggaran undang-undang juga menjadi punca
peningkatan jenayah kolar putih. Hukuman yang dikenakan terhadap pesalah sangat
ringan dan tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan menyebabkan mereka
berani melakukannya secara berterusan. Jumlah
ikat jamin mereka terlalu rendah jika dibandingkan dengan rasuah yang diterima.
Oleh itu, langkah
yang efektif harus diambil dalam menangani masalah tersebut antaranya ialah
penguatkuasaan undang-undang. Hukuman yang lebih keras harus dikenakan kepada
pesalah contohnya seperti hukuman penjara yang lama dan hukuman sebat perlu
dikenakan sebagai pngajaran kepada mereka dan bakal penjenayah. Dengan ini,
bakal penjenayah akan berasa takut untuk meneruskan hasrat mereka untuk
melakukan perkara terkutuk itu.


Selain itu, oganisasi dan jabatan yang mudah terdedah kepada
salah laku jenayah harus dikawal. Setiap prosedur harus diteliti dan dikaji
dengan baik agar tidak berlaku kelonggaran atau pencerobohan dari pihak-pihak
tertentu. Sekiranya prosedur dikawal dengan ketat maka sudah tiada ruang untuk
kakitangan yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
menanganinya kerana jenayah kolar putih ini merupakan jenyah yang berat dan
akan mencemarkan imej negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan