Saban tahun, negara kita digemparkan dengan
keputusan cemerlang para pelajar STPM, Matrikulasi dan STAM yang semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Oleh sebab itu, ramai di kalangan pelajar
tersebut berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA dan IPTS. Di Malaysia,
terdapat 20 buah IPTA dan 53 buah IPTS yang masing-masing menawarkan kursus
yang berbeza.
Kemasukan
pelajar baru ke sesebuah universti pada tahun ini didominasikan oleh pelajar wanita berbanding pelajar lelaki. Hal ini telah memberi cabaran baru kepada pelajar untuk menempuhi kehidupan di universiti. Mereka harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Pelajar juga perlu menyesuaikan diri di tempat baru dan menjalinkan persahabatan yang baru yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Selain itu, pihak universiti
juga telah mengambil inisiatif yang bijak dengan mengadakan minggu orientasi untuk
pelajar baru selama seminggu bagi tujuan untuk memberi pendedahan berkaitan
dengan universiti. Pihak AJKPS yang terlibat memainkan peranan penting dalan menguruskan pelajar-pelajar baru
dengan menganjurkan pelbagai aktiviti. Pelajar baru akan dibawa
berjalan-jalan di sekitar pusat pengajian tersebut untuk mengenali
tempat-tempat yang penting bagi memudahkan para pelajar untuk ke kelas pada
hari pertama kuliah dijalankan. Majlis ikrar pula diadakan pada hari terakhir
orientasi.

|
SESI SUAI KENAL
|
Tuntasnya, para pelajar baru dan pihak universiti mempuyai tanggungjawab dan cabaran masing-masing. Dengan adanya kerjasama antara dua belah pihak tersebut segala perkara dapat diselesaikan dengan baik. Selain itu, untuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya mereka harus berdisplin tinggi terutamanya dari segi pengurusan masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan