Selasa, 14 Oktober 2014
Mahasiswa Minda Kelas Pertama
Matlamat sebenar universiti memberi
pendidikan yang baik kepada pelajar salah satunya ialah untuk melahirkan
mahasiswa minda kelas pertama. Mahasiswa minda kelas pertama bermaksud seorang insan
yang mampu memenuhi pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan dunia. Modal
insan yang berkualiti mampu menyumbang terhadap kemajuan negara.
Matlamat sebenar universiti memberi pendidikan yang baik kepada pelajar salah satunya ialah untuk melahirkan mahasiswa minda kelas pertama. Mahasiswa minda kelas pertama bermaksud seorang insan yang mampu memenuhi pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan dunia. Modal insan yang berkualiti mampu menyumbang terhadap kemajuan negara.
Antara ciri-ciri mahasiswa kelas
pertama ialah penguasaan ilmu yang
tinggi. Mahasiswa tersebut peka dengan
perkembangan dunia dan sentiasa mendalami tentang sesuatu yang dipelajari. Mereka
sentiasa berfikir di luar takuk untuk menghasilkan sesuatu yang lebih
berkualiti. Mereka akan
berfikiran ke hadapan dan berusaha untuk mencapai visi yang telah
ditetapkan.
Antara ciri-ciri mahasiswa kelas
pertama ialah penguasaan ilmu yang
tinggi. Mahasiswa tersebut peka dengan
perkembangan dunia dan sentiasa mendalami tentang sesuatu yang dipelajari. Mereka
sentiasa berfikir di luar takuk untuk menghasilkan sesuatu yang lebih
berkualiti. Mereka akan
berfikiran ke hadapan dan berusaha untuk mencapai visi yang telah
ditetapkan.
Selain itu, ciri mahasiswa minda kelas
pertama juga bersikap proaktif. Mereka
sangat aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti sama ada di dalam
universiti ataupun di luar universiti. Mereka sentiasa memberi komitmen yang
tinggi terhadap sesuatu yang dilakukan. Hal ini dapat melatih mereka supaya
lebih berdaya saing pada masa kelak. Mereka juga menyertai pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan
kebolehan serta dapat memotivasikan diri mereka.
Selain itu, ciri mahasiswa minda kelas pertama juga bersikap proaktif. Mereka sangat aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti sama ada di dalam universiti ataupun di luar universiti. Mereka sentiasa memberi komitmen yang tinggi terhadap sesuatu yang dilakukan. Hal ini dapat melatih mereka supaya lebih berdaya saing pada masa kelak. Mereka juga menyertai pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan kebolehan serta dapat memotivasikan diri mereka.
Ciri seterusnya ialah kekayaan moraliti.
Sebagai mahasiswa minda kelas pertama mereka harus berakhlak mulia dan berbudi
pekerti. Oleh sebab itu, mereka akan disanjungi dan menjadi contoh teladan yang
baik kepada mahasiswa lain. Sikap mereka yang terpuji menyebabkan masyarakat di
luar sana lebih memilih mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan berbanding dengan orang lain.
Ciri seterusnya ialah kekayaan moraliti. Sebagai mahasiswa minda kelas pertama mereka harus berakhlak mulia dan berbudi pekerti. Oleh sebab itu, mereka akan disanjungi dan menjadi contoh teladan yang baik kepada mahasiswa lain. Sikap mereka yang terpuji menyebabkan masyarakat di luar sana lebih memilih mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan berbanding dengan orang lain.
Kesimpulannya, mahasiswa minda kelas
pertama merupakan aset penting kepada negara. Setiap mahasiswa harus melengkapi
diri mereka dengan minda kelas pertama agar mereka menjadi modal insan unggul yang terlibat
dengan segenap ruang pembangunan negara. Kekayaaan wang ringgit dan jawatan
tidak berguna seandainya pemikiran kita masih ditakuk yang lama.
Kesimpulannya, mahasiswa minda kelas pertama merupakan aset penting kepada negara. Setiap mahasiswa harus melengkapi diri mereka dengan minda kelas pertama agar mereka menjadi modal insan unggul yang terlibat dengan segenap ruang pembangunan negara. Kekayaaan wang ringgit dan jawatan tidak berguna seandainya pemikiran kita masih ditakuk yang lama.
Langgan:
Catatan (Atom)