Ahad, 28 September 2014

Kemasukan Pelajar Baru ke Universiti Sesi September 2014/2015




              Saban tahun, negara kita digemparkan dengan keputusan cemerlang para pelajar STPM, Matrikulasi dan STAM yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh sebab itu, ramai di kalangan pelajar tersebut berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA dan IPTS. Di Malaysia, terdapat 20 buah IPTA dan 53 buah IPTS yang masing-masing menawarkan kursus yang berbeza.

       Kemasukan pelajar baru ke sesebuah universti pada tahun ini didominasikan oleh pelajar wanita berbanding pelajar lelaki. Hal ini telah memberi cabaran baru kepada pelajar untuk menempuhi kehidupan di universiti. Mereka harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Pelajar juga perlu menyesuaikan diri di tempat baru dan menjalinkan persahabatan yang baru yang terdiri daripada  pelbagai etnik.

          Selain itu,  pihak universiti juga telah mengambil inisiatif yang bijak dengan mengadakan minggu orientasi untuk pelajar baru selama seminggu bagi tujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan universiti. Pihak AJKPS yang terlibat memainkan peranan penting dalan menguruskan pelajar-pelajar baru dengan menganjurkan pelbagai aktiviti. Pelajar baru akan dibawa berjalan-jalan di sekitar pusat pengajian tersebut untuk mengenali tempat-tempat yang penting bagi memudahkan para pelajar untuk ke kelas pada hari pertama kuliah dijalankan. Majlis ikrar pula diadakan pada hari terakhir orientasi.


SESI SUAI KENAL

       Tuntasnya,  para pelajar baru dan pihak universiti mempuyai tanggungjawab dan cabaran masing-masing. Dengan adanya kerjasama antara dua belah pihak tersebut segala perkara dapat diselesaikan dengan baik. Selain itu, untuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya mereka harus berdisplin tinggi terutamanya dari segi pengurusan masa.