Isnin, 15 Disember 2014


Cabaran Generasi Y


     Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya. Sempena abad ke-21, generasi Y merupakan aset kerajaan dalam memajukan negara. Generasi Y bermaksud golongan yang dilahirkan pada zaman kecanggihan teknologi moden.  Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh generasi Y dalam menghadapi kehidupan kini. 


       Antara cabaran pertama yang terpaksa dihadapi oleh generasi Y ialah perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berbahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting untuk menempuhi alam pekerjaan kerana mereka mempunya persaingan yang tinggi ntuk mendapatkan pekerjaan. Sekiranya mereka tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa Inggeris, peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam mahupun swasta amat tipis kerana kebanyakkan syarikat akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama untuk berurusan dengan pihak luar. Jadi, generasi Y harus meguasai kemahhiran bahasa Inggeris yang tinggi dalam mendapatkan pekerjaan. 



      Selain itu, penguasaan teknologi merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh generasi Y. Pada masa ini, pelbagai  kecanggihan teknologi telah disediakan. Generasi Y harus mengetahui cara untuk menggunakan  teknologi tersebut. Pelbagai maklumat dapat diketahui dengan menggunakan jaringan internet tanpa sempadan. Maklumat juga dapat diterima dengan lebih cepat. Di samping itu, media sosial juga dapat membantu mereka dalam menjalinkan persahabatan. Oleh itu, penguasaan teknologi amat penting untuk melahirkan masyarakat yang celik ICT.


      Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh generasi Y ialah persaingan hebat. Generasi Y mempunyai persaingan yang hebat dalam memohon pekerjaan dan menempuhi kehidupan. Mereka perlu mempunyai maklumat yang tinggi dan peka terhadap isu-isu semasa kerana pelbagai teknologi kini banyak membantu dalam menyediakan pelbagai maklumat. Dengan adanya ilmu dan maklumat yang tinggi, mereka dapat menghadapi persaingan mereka secara sihat.

      Kesimpulannya, pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh generasi Y lebih-lebih lagi pada zaman ini. Oleh itu, mereka harus bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menempuhi kehidupan yang mendatang. Untuk menjadi seorang yang berjaya, mereka harus mempunyai sikap data saing yang tinggi dan tabah menghadapi pelbagai dugaan,